My Bias is My Prince (second story) #filzah punyer segmen#

Assalamualaikum... hi!! tengok tajuk tu??? second story?? actually aku ni tgh bohsannn giler... biasalah ex-SPM 2012... result?? hohohoho.... alhamdulillah.... rahsia2.... okay, bkan tu yg nak bncgkan.... ni segmen dari FILZAH.... dia dah bagi izin untuk aku buat second story... tapi nanti dia compare lah yang mana lagi better.... tak pe lah... yang penting, aku dapat share hasil penulisanku.... hohoho... malas banyak cakap....
so siapa2 yang berminat boleh join.. lambat lagi tarikh akhir... jadi cepat2 cari idea and bagi link blog korang kat FILZAH... macam mana nak join?? klik banner kat bawah ni... ya???


rugi tak join... dapat show hidden talent... ^^

ok let start to reading my story..... excited.... =="

kalau baik hati... komen lah ya?? huhuhuhu




MY BIAS IS MY PRINCE
-Kim Himchan and me-

original story by RenHana (me)
song : STOP IT - B.A.P
poster by : RenHana (me)
image from : google








Pada suatu petang yang redup sambil menikmati secawan Mocha Latte
dan menikmati pemandangan pantai yang indah di Blue Cloud Café , aku terlihat dia yang dari tadi memandang ke arah aku. Kali ini bukan dia seorang sahaja, lima orang rakannya turut memandang aku malah ada yang membuat simbol V kepadaku.


Tudung di kepala dibetulkan. Handphone dibawa ke depan muka untuk melihat kebarangkalian ada apa-apa di muka ku.

Pelik sangat ke tengok aku kat sini. Aish dah masuk tahap seram dah ni. Karang ada jugak foreigner macam aku ni menari gangnam style.

Aku bangun dan menukar tempat duduk ku. tak selesa bila ada orang melihat kita dengan pandangan yang pelik.

“Aish, manalah choco muffin aku ni. Haiyak, lupa nak amik la,” bebelku bila menyedari choco muffin yang tertinggal di kaunter. Aku bangun dan bergerak ke kaunter.


Aku memberikan secebis senyuman pada cashier yang berada di situ sambil menjelaskan yang aku tertinggal choco muffin. Nasiblah pekerja Blue Cloud Café ni ramah.

“Hai! Welcome to korea? How’s your vacation?” aku memandang kepada pemilik suara di tepiku.

Eh, bukan ke mamat ni yang duk pandang aku tadi. Amboi, ramah nya. Aku hanya mengangguk dan memberi senyuman padanya.

“Okay, thank you,” aku mengambil piring yang terisi choco muffin tanpa menjawab pertanyaan lelaki tersebut. Bukan sombong tapi dia ni menakutkan. -,,-

Aku kembali ke tempat aku. Mocha latte yang ditinggal dari tadi cepat-cepat diminum. Rasanya lain sedikit kerana suhunya semakin menurun.

Kamera milikku diarahkan untuk merakamkan pemandangan pantai yang cantik. Kalau dikira sudah enam bulan aku berada di sini. Kali ni aku tak pulang ke tanah airku sebab aku nak habiskan masa bersiar-siar. Nanti lepas ni sibuk dengan assignment pulak. Belajar di negara orang bukannya senang.

Penglihatan aku dihalang oleh seseorang yang tiba-tiba mengambil tempat di depan aku.

Dia ni lagi. karang ada jugak keluar dalam paper, ‘Foreigner belasah penduduk tempatan’.

Dia tersenyum padaku. Sambil membuat bentuk v dengan tangannya.

“Ehem.. err…” dia berdehem-dehem. Aku tak tahulah dia ni sampai bila nak berdehem. Aku menghadiahkan jelingan dan jelas pada mataku. ‘blah atau aku bunuh kau’

“Hi, my name is Himchan. Kim Himchan. You know B.A.P? Mato planet? Our song warrior? Warrior…” dia menjelaskan padaku.

Aku mengerutkan dahiku. Hahaha… sengaja je. siapa lah tak kenal B.A.P. Best Absulote Perfect. Rookie group yang debut tahun lepas.

“You don’t know us?” jelas yang dia tak puas hati.

“Boleh diam tak. Aku kenal lah. habis kau nak suruh aku buat apa? Mintak autograph? Mintak gambar?” wah kau jah! Berani kau.

“Huh? Ingat tak boleh cakap dalam bahasa korea. Nice to meet you,” sakit ke tetiba nice to meet you. Aku tak da pun tunjuk yang aku ni glad dapat jumpa dia.

Mocha Latte dan choco muffin sudah habis diisi ke dalam perut. Lebih baik aku blah. Malas nak layan manusia ni. Aku nak tenang kan fikiran. Sekarang bukan masa nak fangirling.

Aku bangun dan mengambil beg sandang. Aku mula menapak pergi dari situ. Tapi tanganku seolah di tarik oleh seseorang.

“Please, temankan aku. Aku nak kenal kau. tolonglah jangan pergi lagi,”

Aku menepis tangannya. Hish dia ni! Kau tu bukan mahram aku! Ni yang buat aku berapi ni.

Tanpa mengendahkannya aku berlalu dengan cepat. Huwah, kelas kau jah! Peminat tolak pelawaan untuk minum bersama idol. Hei, hei, aku muslimah okay! No pegang-pegang, no kenyit-kenyit mata.

Kakiku membawa diriku untuk merasai pasir pantai. Akan ku nikmati saat ni dengan sebaiknya. Lepas ni kuliah je memanjang.

Aku menyusun langkah di pesisir pantai. Subhanallah, cantiknya ciptaanMu, Ya Allah. Ni baru sedikit sahaja. Aku belum lagi melihat semua ciptaanMu. Dalam hati, aku tidak putus-putus mengucap Subhanallah. Kecilnya diri ku dibandingkan dengan semua ciptaan Allah.

##################################################

Angin pada sebelah malam menambahkan lagi kedinginan pada tubuhku. Aku telah menyewa sebuah chalet di tepi pantai. Aku belum puas lagi menenangkan fikiranku.

Sweater pink diambil dan disarungkan ke tubuhku. Aku ingin ke restoran untuk mengisi perut yang kosong. Setelah siap membetulkan tudung, aku mengambil dompet dan handphoneku sebelum keluar dari bilik.

Langkah kaki ku disusun ke sebuah restoran, RYU Seafood Restaurant terang dihiasi lampu yang berwarna warni. Bau masakan dari restoran ni sudah membuatkan perutku memainkan lagu Gangnam Style. (nampak sangat nipu nya)

Seorang lelaki menghadiahkan senyuman padaku dan membawa aku ke tempat duduk yang kosong. Hei, lelaki tu penyambut tetamu lah. jangan nak fikir melebih.

Aku memesan beberapa menu pada pelayan yang mengambil pesanan makanan.

Tiba-tiba suasana restoran bertukar menjadi bising dengan bunyi gelak tawa pengunjung yang masuk ke restoran ni. Habis ranap mood aku. Bila mataku terpandang seseorang yang aku kenal.

Dia turut terperasankan aku. Cepat-cepat dia datang ke arah ku. aku mengeluh kecil. Apalah nasib aku kali ni.


“Hi! Boleh join? Kat sana tak cukup kerusi lah,” ayat mengorat. Ni yang aku panas ni.

“Maaf lah. saya tengah tunggu husband saya ni. Kalau dia tak kisah, awak boleh join,” amik kau! kan aku dah berdosa menipu.

Wajahnya menunjukkan riak terkejut. Mati terus senyuman di wajahnya.

“Oh, mianhe,” dia sempat lagi bow kepada ku dan berlalu meninggalkan aku. Finally, aku dapat juga melepaskan diriku dari manusia gatal sepertinya.

Kejamnya aku. Eh, rileks-rileks. Aku tahu yang Himchan B.A.P tu ramai yang duk gila. Tapi aku sekarang ni bukan dalam mood crazy fan. kalau Seo In Guk kenyit mata kat aku pun, aku boleh cucuk garfu kat matanya.

Tapi bila tengok muka dia yang muram tu buatkan aku kesian. Yalah, dia tu sebenarnya top bias aku.

Jahatnya kau Hana.

Tak, aku tak jahat.

Kau jahat, dia nak kenal kau je. lagipun cara kau  layan dia tu kejam. Lagipun kau tu duduk di negara orang.

Eh, kalau aku layan dia baik-baik, tak ke nanti kalau crazy fans yang lain nampak teruk aku kena ‘belasah’. Lagipun memanglah ni negara Korea tapi ni tetap bumi Allah.

Berlagak baik lah kau ni.

Suka hati aku lah. yang penting hidup aku happy.

Jangan menyesal nanti kau tak dapat peluang macam ni. Bukannya senang idol nak makan semeja dengan fans. Kau kan addicted dengan B.A.P. Berlagak nya kau!

Dah diam! Aku nak makan. nanti lepas aku balik ke kampus barulah aku menangis ya? time tu baru aku menyesal. So sekarang ni mood aku nak makan.

Dah macam orang gila dah aku ni. Tapi bau makanan depan aku ni memang boleh buat aku lupa dunia.

Jelas di wajahku yang aku gembira dengan makanan ni. mataku menangkap Himchan yang memandang ke arah aku. Huwah! Jangan dera hatiku!


##################################################

Alhamdulillah, kenyang betul aku hari ni. sedap betul makanan tadi. Sepuluh bintang aku bagi kat restoran tu. boleh suggest restoran ni kat pelancong lain.

Cantiknya bulan. Macam aku. Hohohoho….

Aku ni gedik sikit. So, aku nak jugak bagi air pantai ni kena kaki aku. Tak pe. Yang penting kat sini tak da orang.

Aku melemparkan kasut aku dan terus melabuhkan punggung di atas pasir pantai. Mataku masih pada pantai.

“Bada!” perkataan tersebut keluar dari mulutku.

“Kenapa dengan pantai? Ada memori indah ke?” suara tu macam aku kenal je. aku mencari datang dari mana arah suara tersebut.

“Hoi, hoi! Berani ya menipu tentang status awak,” dia melabuhkan punggungnya di tepi aku. Aku membulatkan mataku padanya.

Aku mengengsot menjauhi dia. Tak boleh jadi ni. kalau berdua mesti ada yang ketiga. Bapak setan suka lah benda-benda macam ni.

“Kenapa kau asyik nak mengelak je? aku bukannya perogol bersiri,” ujarnya.

“Suka hati aku lah,” aku memandang ke pantai yang terbentang luas. Apalah nasib tersangkut dengan manusia ni. karang ada jugak yang aku humban masuk dalam air.

Telingaku menangkap bunyi keluhan yang berat dilepaskan.

“Aku pun tak tahu kenapa aku ni ikut kau dan teruja gila nak tahu pasal kau. maaflah kalau aku bagi tekanan pada kau. tapi aku suka tengok kau. aku rasa kau ni lain daripada yang lain. Aku tak pernah pun terfikir boleh jumpa perempuan macam kau,” bunyi macam ayat ‘buaya tembaga’ je. bahaya ni.

“Aku sama je macam orang lain. Memang sekarang aku stress gila-gila bila asyik kau muncul depan aku. For your information Mr. Kim, saya ni bukan dari Mato Planet. Jadi saya dengan orang lain tiada perbezaan. Tolonglah, berhenti. Aku nak enjoy cuti aku,” aku mengibas-ngibas pasir yang melekat di skirt labuh ku.

Dengan perlahan aku menyusun langkah meninggalkan Himchan.

“Tapi, boleh tak aku kenal kau? mungkin kita boleh jadi kawan,” aduhai, tak perlulah kuatkan suara kau tu.

Aku tidak membalas malah langkah ku sengaja dipercepatkan. Ya Allah, tolonglah jauhkan dia dari aku.


##################################################

Badanku dipusing ke kanan, sekejap ke kiri dan ke kanan balik. Kenapa lah aku tak boleh tidur? Dari tadi aku dah cuba lelapkan mata aku. Tapi masih tak boleh tidur.

Aku bangun dan bersandar pada dinding di tepi katil. Jam di dinding menunjukkan sekarang sudah masuk pukul tiga pagi. Huh! Kenapa lah dengan aku ni.

Tanganku mencapai botol air mineral dan terus membuka penutupnya. Dengan bacaan Bismillah, aku meneguk perlahan air tersebut. Lega betul.

Telingaku bagaikan terdengar sesuatu. Aku tak pasti bunyi apa. Tapi jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Bunyi tersebut datang dari arah ruang santai. Aku cuba beranikan diri ke ruang santai. Manalah tahu kot-kot aku lupa tutup pintu.

Alangkah terkejut bila aku ternampak bayang satu lembaga di dinding. Mulutku ditahan dari membuat bunyi. Ya Allah, aku tidak tahu adakah manusia atau jin. Tapi, selamatkanlah aku.

aku cuba menyembunyikan diriku di bawah meja. mataku terpaku pada sepasang kaki milik manusia. Manusia tersebut menyolongkar semua laci.

Dia masuk ke ruang tidur ku. Nasib baik aku keluar tadi. Bunyi seperti barang dihempaskan ke lantai membuatkan tubuhku menginggil ketakutan.

Bahuku terasa bagai disentuh seseorang. aku memalingkan wajahku. Seseorang berada di belakang ku sambil menunjuk isyarat diam dengan tangan.

“Senyap. Aku kira sampai tiga. Kita lari. Jangan risau, aku dah panggil pengawal keselamatan. Mereka ada di luar,” bisiknya. Mataku tidak berkelip memandangnya.

“Satu, dua, tiga,” pantas tanganku ditarik olehnya. Kami berdua berlari keluar tanpa menoleh ke belakang.

Ya Allah, adakah dia yang Engkau hantarkan untuk menyelamatkan aku?

Aku tidak dapat mengawal keadaan diriku. Aku tahu yang pengawal sudah memberkas perompak yang memecah masuk ke dalam chalet ku. aku juga tahu yang ‘dia’ menyelamatkan aku.

Mataku berpinar, pandanganku kelam. Aku rebah tidak sedarkan diri.

##################################################

Langkah yang disusun laju meredah jalan yang sesak dengan manusia. Sudah tiga hari peristiwa tersebut berlaku. Aku tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih padanya.

Sedar tidak sedar, aku telah dibawa ke hospital dan rakan-rakan aku yang menemani aku. Ah, sungguh aku menyesal kerana tidak sempat untuk mengucap terima kasih padanya.

KIM HIMCHAN

Nama tersebut akan aku ingat sampai bila-bila. Satu saat nanti aku akan balas pertolongannya.

Aku tidak kisah bahawa sekarang di internet sibuk dengan tersebarnya gambarku dengan Himchan. Susah betul pihak hiburan ni. ada ke patut mereka letak tajuk ‘Himchan’s girlfriend ruined B.A.P’s holiday’ . tak patut, tak patut. Ada jugak yang aku saman nanti.

Langkahku terhenti, menunggu isyarat untuk melintas jalan. Aku berpaling kepada suara bising manusia. Sekumpulan manusia memandang aku dengan tajam.

Mereka semua serentak membaling telur tapi pada saat tersebut seseorang datang dan menarik aku ke dalam pelukannya. Wajahku tersembam pada dada bidang miliknya.

Dia membawa aku ke dalam sebuah restoran yang berdekatan. Himchan!

Aku menolaknya. Huh!! Bangang betul. Aku rela kena baling telur dari dipeluk oleh lelaki bukan mahram.

“Kau tak apa-apa?” jelas nada risau pada suaranya.

Mataku terbuntang melihat lendir telur pada belakangnya. Bau hanyir turut menusuk ke dalam hidung ku.

Perasaan bersalah mula bertangkai di hati aku.

“Kau tak apa-apa? Maaf, sebab fans aku keterlaluan. Mereka semua marah sebab berita yang tersebar tu. lain kali aku akan jelaskan pada mereka,” ujarnya perlahan.

“Himchan-ah, terima kasih sebab kau dah selamatkan aku untuk kali yang kedua. Aku tak tahu apa yang patut aku bagi untuk balas jasa kau,” hati-hati aku menyusun kata-kata. Aku ni kadang-kadang nak berterima kasih pun boleh jadi perang debat. Huhuhu…

“Okay je lah. aku lega kau tak apa-apa. Tak payah susah-susah nak berterima kasih. Cukuplah kalau kau sudi jadi pemilik hatiku,” ni yang aku rasa nak je cincang-cincang manusia lepastu buat sate bagi makan kat peminat dia.


Aku membuat muka yang menyampah. Dia tergelak melihat muka aku.

Kot hitam yang dicemari lendir telur telah pun dibuang dari badannya. kesian aku tengok dia. Tu lah aku dah jauhkan diri dari dia tapi dia ni yang tak habis nak ikut aku.

“Kau nak ke mana? Aku boleh temankan,”

“ah, tak payah lah. aku boleh je jaga diri aku. Nanti apa pula kata peminat kau. tak ke kau jugak yang susah,”

Tanganku sibuk menyelongkar sesuatu dari dalam beg aku.

“Aku cinta kan kau sejak pertama kali aku terpandang kan kau,” kata-kata tersebut membuatkan jantungku mengepam darah di luar kawalan (ya lah tu?).

“Err… huh? Apa-apa je lah. Nah ambillah mp3 aku ni. dan ni duit sikit untuk ganti rugi baju kau yang kotor tu. Ni je yang aku boleh bagi, jangan nak tolak,” aku cuba mengubah topik.

“Aku harap ni kali terakhir kita jumpa. Dan aku nak kau tolong lah umumkan pada pihak media perkara yang sebenarnya. Anggap je pertemuan ni kebetulan saja. Jasa baik kau akan aku kenang sampai bila-bila. Tolong jangan tolak pemberian aku ni,” tambahku.

Himchan tidak berkelip memandang aku. Entah tiba-tiba hati ni macam halang je berhenti menjadi kejam. Ah, aku tak peduli. Aku tak kejam sebab bukannya aku nak mintak putus. Isk2..

“Tapi aku…,”

“Tolonglah, aku tidak layak dicintai atau pun mencintai sesiapa. Aku harap kau akan lebih berjaya dalam bidang yang kau ceburi. Please, stop here Kim Himchan,” aku memotong ayat Himchan.

Langkah kakiku dihayun keluar dari restoran tersebut. Biarlah diriku terpaksa berhadapan dengan ribuan peminat yang tidak puas hati denganku, kelak mereka semua akan didedahkan dengan perkara yang sebenar. Yang penting aku dah tak terlibat dengannya.


##################################################

“Weh, Hana!! Siapa putera idaman kau?” kawanku membuatkan aku tersedar dari lamunan.

“huh?” aku bingung.

“Amboi tak habis dengan duk termenung. Kau rindu abang Himchan ke? Hahaha…” bajet kelakar betul lah minah tiga ekor ni.

“Cepatlah bagitahu kitorang,” tanya mereka lagi.

“Apa?”

“La…” serentak ketiga-tiga mereka berkata. Aku tergelak kecil.

“Ni hah, kau kan tulis dalam blog kau ni,” ujar Rina. Aku masih dalam keadaan bingung. Aku mengambil Ipad milik Rina dan memfokuskan pada skrin.

ADAKAH DIA PUTERA ITU?

Tajuk pada entri dalam blog milikku. Oh, aku baru ingat.

“Adakah dia akan muncul buat kali ketiga? Adakah kali ini untuk melindungi aku lagi? jika benar, Allah telah takdirkan aku untuknya. Allah telah memberi peluang padaku untuk mengubah dirinya. Ya Allah, siapakah putera yang akan memiliki hatiku dan menjaga aku serta melalui hidup bersama? Jika si dia yang muncul lagi, aku percaya dia lah putera ku……”

“Siapa yang kau maksudkan? Pandai ya kau berahsia? Cepat bagitahu aku,” Rina memeluk tubuhku. Ish, makcik ni memang lah.

“Tu entri je lah. bukan apa-apa pun. Ish, sibuk je lah. putera aku tu ialah…”

“Kim Himchan,” Farah memotong kata-kata ku. terhambur gelak tawa si Nini dan Rina. Terima kasih kawan.

“Dah lah. aku nak ke kedai jap. Korang nak makan ramen tak? Rina, kau buatkan fresh orange ya? dah, jangan nak gedik-gedik baca blog aku,” aku bangun sambil menyarungkan tudung ke kepala ku.

“Tak gedik lah. kitorang follower kau yang setia. So, bersyukurlah, tanpa kitorang entri kau tak da komen,” eh tolonglah. Menyampah layan budak-budak ni.

Aku memulas tombol pintu rumah dan keluar dari rumah. Perlahan-lahan aku menuruni tangga. Langkah ku disusun menuju ke sebuah kedai serbaneka di hujung jalan.

Dompet yang berada di tangan terjatuh ke atas jalan. Aku tunduk untuk mengambil dompetku.

Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi hon yang kuat dari arah belakang. Seraya tubuhku bagaikan ditarik oleh seseorang. sebuah kereta meluncur laju.

Aku mengangkat wajahku memandang manusia yang telah menyelamatkan aku.

“Saya akan sentiasa muncul untuk melindungi awak,” bisiknya padaku. Tanganku dilepaskan. Dia tahu yang aku tidak suka diperlakukan begitu.

“Himchan….” Namanya ku sebut perlahan.

Dia tersenyum padaku.

“Kita sudah ditakdirkan untuk bersama. Kalau awak tetap menolak saya, biarlah saya menjadi bayang-bayang awak dan ada ketika awak dalam kesusahan atau pun dalam bahaya,” ujarnya.

“Ya Allah, aku percaya padaMu,” kataku di dalam hati.

Kali ni Himchan mula melangkah pergi. Mungkin dia tidak mahu mendengar kata-kata aku lagi. jaraknya sudah semakin jauh.

“Yahhh!! Kim Himchan!! Kalau betul awak cintakan saya, buatkan kek coklat untuk saya,” aku melaung kuat, sambil tersenyum yakin. Tapi kenapa dia tidak langsung berhenti dan berpaling padaku? Adakah dia tak pandai buat kek coklat? Aku gurau je lah.

Kim Himchan telah hilang dari pandangan mataku. Apakah semua ni? aku bagaikan terpaku melihat dia yang pergi begitu saja.


#################################################

Aku hanya memandang skrin laptopku. Ya, aku sudah jatuh cinta padanya. Tapi ia sudah terlambat. Wajah Kim Himchan yang tersenyum di skrin laptop dipandang tidak berkelip. Tapi kenapa mp3 di dalam gambar dia macam mp3 aku? ah, kacau je lah.

Rakan-rakanku pula tidak berani menegurku kerana aku berubah secara mendadak. Sudah dua hari aku mendiamkan diri.

Tetikus ditekan supaya menunjukkan gambar yang lain. Ya, aku masih melihat gambarnya.

“Hana, ada posmen hantar barang tu. dia kata barang kau. pergilah,” ujar kawanku.

Aku bangun dan menyarungkan tudung di kepala sebelum ke pintu.

Aku memulas tombol pintu.

“Will you accept this chocolate cake?” aku terduduk dek kerana terkejut melihat manusia yang berdiri di depan pintu sambil memegang sebiji kek.


Kim Himchan, adakah aku bermimpi? Tanpa dipaksa air mataku mengalir di pipi.

“Are you crying? Why? Hana-ssi, stop crying. This is me, Kim Himchan. Your guardian. But if you accept this cake, I’ll be your forever guardian,” katanya sambil mengukir senyuman yang manis.

Aku memandangnya tajam.

“Palli!” katanya lagi.

Aku mengambil kek yang dihulurkannya. Dia menepuk tangan bagaikan orang yang baru menang sejuta dolar.

“Itu tak bermaksud saya cintakan awak,” aku cuba mengusiknya.

“Really? Habis tu siapa yang tiba-tiba murung?” cit, mesti kerja minah-minah ni yang bagitahu si Himchan ni.

“I know you love me and missed me so bad,” tambahnya. Tak habis dengan tersenyum.

“Walaupun saya cintakan awak. Tapi awak harus faham yang saya ni bukan hak awak. Semua benda yang pasangan bercinta buat takkan pernah dibuat oleh saya. Peluk, cium, pegang tangan atau apa-apa je. semua tu menjadi batas dalam hubungan kita,” tegas aku menuturkan kata-kata.

“Ya saya tahu lah Cik Hana. Dan bantulah saya untuk mengenali agama kamu dengan lebih terperinci,” sungguh aku terharu dengan bait katanya.

Moga Allah membuka pintu hatinya untuk segera menjadi saudara islam yang baru. Aku tahu Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Moga Kim Himchan jodoh ku buat selamanya.


###################################################

Angin pantai yang bertiup menyejukkan suasana petang. Bunyi ombak merancakkan lagi suasana. Aku masih berdiri dan memandang ke pantai.

Pinggangku dipeluk oleh seseorang. aku kenal bau badannya. dia suami ku. dia juga cinta pertama ku.


“Mesti Hana bosan kan? Sebab terpaksa berbulan madu kat sini. Tambahan lagi budak-budak lima ekor tu ikut jugak,” dia menongkat dagunya di bahuku.

“Biarlah, membazir je pergi jauh-jauh. Budak lima orang tu kan menceriakan suasana. Lagipun dia kan kawan awak,” lembuat sahaja aku menutur kata.

Dia melepaskan pelukan dan memegang tanganku.

“Jom, kita ke sana. Mereka semua dah tunggu kita tu,” ujarnya.

Kami berdua berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke sebuah kafe. Kelihatan lima orang sedang bercekak pinggang menunggu aku dan Himchan.

“Aigoo, romantisnya dua orang ni. sampai lupa kita lima orang. Himchan hyung, palli!!!!!!!!!!!!” Jongup menjerit kuat dari kafe.

Aku tergelak kecil.

“Cakap je lah korang cemburu,” balas Himchan.

Mereka berlima membuat muka menyampah. Aku dan Himchan meletuskan ketawa bahagia.

“Dulu awak cuma bias saya, tapi sekarang awak dah jadi suami saya. Semuanya diatur bijak oleh Allah,” ujarku perlahan.

Dia memandang aku sambil tersenyum.

“Tiada yang mustahil bagiNya. You’re my wife. My wife is my queen,” kami berhenti melangkah. Dia mengucup dahiku dan memeluk aku.

“You’re my bias. My bias is my prince and my husband is my king! I love you today, tomorrow and forever,” hati kami bagai bersatu.

Cukuplah dia untukku. Moga hidup aku bersamanya disinari dengan kebahagiaan. Biarlah dia yang menjadi pelindung aku. Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan dia kepadaku.

“Huh!! Cukup-cukup lah tu. sudah tak tertahan rasanya mata kami berlima ni nak tonton drama. cepat lah! karang ada jugak yang aku humban dalam laut,” Jonghun mula naik angin. Selalu je maknae ni mengacau. Dah pandai copy ayat aku pulak tu. siap lah kau, abang Himchan buat kau sate. Huhuhu

Akhirnya kami berdua sampai ke kafe. Jonghun teruk ‘dibelasah’ oleh Himchan. Gelagat mereka berenam selalu mencuit hatiku. Kagum dengan keakraban mereka semua. Aku doakan agar persahabatan mereka semua kekal selamanya.

Ya Allah, pantai ini menjadi saksi kebahagian aku. Kau kekalkanlah kami begini. Moga jodohku dengan dia berpanjangan. Aku percaya dan yakin padaMu, Ya Allah!




korang baca sampai habis ke??? thank you... ||baling cinta||




nak baca yang first version?? SEHUN version klik di SEHUN !!!

2 comments:

this is how life's go everyday said...

omg~!!! sweet kowt >.< jelez taw!!!!~ huhu..suka2~~

Nur Hanani Hazis said...

hahahaha tq2....