MyBiasIsMyPrince-my..story

hi! assalamualaikum... hee :3 hari ni mood baik sbb tadi blogwalking jap... and termasuk lah ke satu blog.... and jumpa satu segmen kat blog FILZAH. mula2 mcm tak nak je join... sebab yalah, aku pun tak update blog... bukan apa, malas. kalau update pun update blog fanfics aku je.. tapi tadi tengah baring2 sambil siapkan new ff, aku pun tetiba macam bersemangat nak join. terus je aku taip satu story.... jom lah baca.. and kalau nak, join lah sekali.... segmen : MY BIAS IS MY PRINCE

KLIK BANNER UNTUK JOIN


To : LEOfakeWIFE

jom baca story aku ni.... and jom lah join... *muncung macam sanduel*







Pada suatu petang yang redup..sambil menikmati secawan Vanilla Latte dan menikmati pemandangan pantai yang indah di kafe milik abang ku, aku terlihat dia, seseorang yang aku kenal.



OH SE HUN


Sebaris nama tersebut masuk ke dalam kepalaku. Ah, apa yang dia buat di sini? Run or die? Aku mengecilkan badanku sedikit. Kalau dia nampak, dunia aku akan gelap.

“Hoho, Hana! Kecil dunia ni,” cit, mati aku kali ni.

Aku mengarahkan mataku melihat ke pantai. Tidak langsung aku toleh melihat wajahnya.

Sehun menarik kerusi di depanku. Dia melabuhkan punggungnya.

“Kau ingat kali ni kau boleh lari? There’s no way out, my dear!” tegak habis bulu romaku.

“Past is past, Sehun. Aku admit yang aku memang salah. I’m sorry,” kini wajahnya ku pandang meminta belas kasihan.

Dia ketawa kecil.

“Lain kali jangan berani nak main dengan api,”

“Bila pulak aku main dengan api? Api tu bukan permainan. Api itu panas lagi menakutkan. Tu lah, time tadika dulu sibuk main masak-masak,” aih la mulut, kenapa lah kau tak boleh senyap. Selalu sahaja mencari pasal.

“Wah, pandai jugak kau bercakap ea?” dia mendekatkan wajahnya. Aku boleh nampak warna matanya. Degupan jantungku sudah tidak menentu.

Aku bingkas bangun dan mengambil beg ku. Kaki ku sudah mula ingin menyusun langkah. Tapi tangannya menarik tangan aku sehingga membuatkan aku terdorong ke arahnya. Aku jatuh ke badannya.

“Bad girl!” bisiknya di telinga ku.

‘Setan betul dia ni. Kau yang tarik aku, bukan aku sengaja?’ aku hanya dapat menjerit di dalam hati.

Aku segera berlari meninggalkan Sehun di kafe. Pipiku sudah mula bertukar warna. Tapi kenapa aku rasa happy sesangat. Aku masih terbau wangian pada badannya. Ah, hati berhentilah berangan.


####################################################

[flashback]

Telur ayam dibaling tepat ke arah seorang lelaki yang sedang lalu di koridor kelas. Lelaki tersebut sudah tahu ini semua angkara seekor manusia iaitu aku. Peperangan antara kami berdua, tidak pernah berhenti.

“Hana!!!!!” jeritan dari lelaki tersebut membuatkan pelajar-pelajar lain kecut perut. Siapa yang tidak takut. Sehun kalau dia marah, kelas pun dibakarnya.

Aku melarikan diri. akhirnya, dendam dibalas dengan dendam.

[end of flashback]

####################################################

Aku memandang ke kiri dan ke kanan sebelum melalui jalan yang menuju ke rumahku. Tadi di sekolah, Sehun sudah tekad untuk ‘membunuh’ ku. Ini sebab ada budak sial mana lah yang memang nak tengok aku susah, dia sebarkan gambar Sehun dengan telur ayam di dalam laman sosial.

Nampaknya, hidup di sekolah tidak aman lagi.

Tiba-tiba bahuku dipegang oleh seseorang. Ni mesti OH SEHUN. Aku berpusing. Mulutku ditekup dan badanku ditolak mendekati pagar konkrit.

“Kalau kau diam, semua kerja jadi senang. Jangan cuba melawan!” lelaki yang memakai topeng mengugutku. Aku dapat merasakan sesuatu yang tajam didekatkan di perutku.

Dalam hatiku, aku berdoa agar aku terselamat dari semua ni.

Sebuah van hitam berhenti di depan kami. aku ditarik dan ditolak kasar masuk ke dalam van tersebut. Tidak guna untuk melawan.

Tanganku ditarik kasar dan badanku terhumban keluar dari van. Aku terkejut. Sehun!

“Hey budak! Kau pergi ‘main’ kat tempat lain lah. atau kau nak suruh kami selesaikan dengan darah?” ugut lelaki yang berbadan tegap.

Kami berdua dikepung oleh tiga orang lelaki.

“Dia kekasihku! Baik korang berambus sebelum polis datang,” ujar Sehun dengan riak yang tenang. Aku pula masih berada di belakangnya.

Bunyi siren polis membuatkan tiga lelaki tersebut terkejut.

“Siapa ganggu punca rezeki aku, orang tersebut layak mati!” pisau yang berada di tangan lelaki yang berbadan tegap tersebut terus ditusuk ke perut Sehun.

Aku kehilangan kata. Lelaki-lelaki tersebut masuk ke dalam van dan terus memecut laju meninggalkan aku dan Sehun.

Sehun rebah dalam pelukanku. Tanganku menggigil.

“Sehun! Sehun!” aku memanggil Sehun. Tanpa sedar pipiku dibasahi air mata.

Dia mengukir senyuman walaupun ia sukar. Darah mula keluar dari mulutnya.

“Mianhe, aku tak dapat buat kau bahagia. aku cintakan kau, Hana,” kata-katanya tersekat. Tangannya memegang pipiku.

Aku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata. Sehun mula menutup matanya.

“Sehun!!!!!!!” aku menjerit sekuat hati.

Beberapa orang pegawai polis mengangkat Sehun. Aku melihat kereta polis yang meluncur laju. Pandanganku kelam.

Dia, aku mencintai dirinya….
Puas diri ini cuba menolak perasaan ini…
Sekarang, masih adakah peluang untuk aku
MENCINTAI dirinya lagi???


###################################################

Bunyi bising membuatkan aku membuka mata perlahan-lahan. Aku memandang ke sekeliling. ahli keluarga ku berada di sini.

“Hana, kamu dah sedar?” ibu mendekati ku.

Aku bangun dari pembaringan.

“Sehun? Mana Sehun?” aku sudah berkira ingin turun dari katil tapi dihalang oleh abangku.

Aku cuba menolaknya tapi aku lemah.

“Abang, Hana nak jumpa Sehun. Mana Sehun??” volume suaraku sudah meninggi.

“Adik baru sedar. Berehatlah dulu!”

“Hana nak jumpa Sehun!” aku menjerit.

“Yang kau ni macam hilang laki je. Sehun kat sebelah kau tu. senyap sikit boleh tak?” kata-kata Kai membuatkan aku berpaling ke katil sebelah.

Sehun?

Semua yang berada di situ mentertawakan aku. Malunya. Aish, dorang ni memang lah. macam mana aku tak risau, aku sendiri yang nampak Sehun ditikam. Huwah!! Malunya!


##################################################

Angin yang bertiup lembut menambahkan kedinginan petang. Bunyi ombak yang beralun di pantai membuatkan aku terpegun.

“Nah!” Sehun menghulurkan Vanilla Latte kepadaku. Aku menyambut dengan senyuman.

“Cantik kan? Rasa nak je terjun dalam air,” aku tersenyum gembira dan masih menumpukan pandangan ku kepada pantai.

Tiba-tiba badanku ditolak. Aku hampir terhumban ke dalam air tapi pinggang ku dipegang Sehun.

“Nak sangat kan?” dia ni. Buat aku sakit jantung betullah.

“Tak habis dengan perangai jahat!” debaran di dada masih ada.

“Kalau Sehun tak tolak Hana, mesti Hana tak dapat saat romantik macam ni kan?” dia tersenyum padaku. Comel!

Aku menjelirkan lidah dan menolaknya hingga jatuh di atas pasir pantai yang lembap. Aku melarikan diri sambil ketawakan Sehun.

“Hana!!! Tolong Sehun! Kaki Sehun sakit,” aku berhenti berlari dan cuba melihat Sehun dari jauh. Adakah dia rancang sesuatu?

Tapi nampak macam sakit betul je. aku pantas berlari ke arahnya.

“Hahahaahaha!” dia menarikku ke dalam pelukannya.

Aku tersenyum bahagia.

“Now, and forever, you’re mine. I can’t stop loving you! I will always stay with you my love!” suara Sehun membuatkan jantungku berdegup kencang.

“Macam mana dengan EXOTIC??”

“Exotic is EXO life. But you are my forever love,” sejak bila dia ni jadi romantik. Tapi aku suka. Macam nak je lompat ke EXO PLANET. Ops, nampaknya aku salah seorang EXOTIC.

Mestilah sebab Sehun kan kekasih hatiku. My bias is my prince, My prince is my love.

“Walaupun ada berbillion EXOTIC kat bumi ni, tapi saya tahu yang manusia yang bernama Oh Sehun hanya mencintai Hana. Dan saya juga mencintai Sehun hari ni, esok, lusa, dan selamanya,” ucapku sambil memegang tangan Sehun.

Kami berdua menikmati suasana yang indah di tepi pantai. Benar kata orang, jangan benci seseorang kelak dia yang kita sayang. Dulu kami pernah berdendam dan bertengkar, kini kami berdua dilamun cinta. Sungguh, aku hanya cintakan dia.

“Hoi Sehun! Cukup-cukup lah tu. Dah sakit mata kami semua ni. Nak layan pemandangan pantai pun tak boleh. Sempat lagi kau nak beromantika ya?” Kai menjerit dari jauh. Aku tersenyum gembira.

Moga cinta kami berkekalan.

 

6 comments:

tieyha_melodies said...

perhhh , hebat r weyhh

Nur Hanani Hazis said...

*lompat bintang 100 kali*

this is how life's go everyday said...

haloo~~ dtg membaca karya segmen saya ^^ wahh!!!~ romance habis!! cunn jew citew tu..jealous la pulak XD

Nur Hanani Hazis said...

hahaha... tq2.... /masuk dlm tin milo/

haraelle said...

BEST U_U

Nur Hanani Hazis said...

haraelle... tq2...